picture

 

Piagam Pelanggan


 

********************************************************************

PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN

(Sumber: MS ISO 9001:2015 PENTADBIRAN BAHAGIAN SERIAN)

************************************************************************

Kami Berusaha Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:


1.   Permit Kutipan Awam dilulus dan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap yang telah ditapis oleh PDRM serta diluluskan oleh pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen.

2.   Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

3.   Keputusan Permohonan Lesen Sabong Ayam dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

4.   Permohonan Perkhidmatan Kredit Komuniti diluluskan dalam tempoh tiga (5) hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap.

5.   Permohonan Pindah Hak Milik Senapang Patah diputuskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap yang telah ditapis oleh PDRM dan Pejabat Kesihatan Bahagian serta diluluskan oleh pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen.
 

6.   Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

7.   Keputusan Lembaga Perolehan Bahagian Sarawak dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

8.   Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh satu (1) hari setelah berlakunya bencana.

9.   Setiap aduan pelanggan dilaku terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

10.
  Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan/ dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.



*********************************************************************

PIAGAM PELANGGAN

PEJABAT DAERAH

(Sumber: MS ISO 9001:2015 PENTADBIRAN BAHAGIAN SERIAN)

*********************************************************************

 

Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:


1.    
Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) atau Probet diluluskan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap atau yang telah mendapat maklum balas dari pihak berkuasa.
2.     Permohonan Pindah Hak Milik Senapang Patah (Shotgun) melalui Probet atau semasa hayat yang lengkap diterima dan telah ditapis oleh PDRM dan Pejabat Kesihatan Bahagian serta diluluskan oleh pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen akan dikeluarkan lesen dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja

3.     Pengeluaran Permit membeli Peluru dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada keberadaan pegawai yang melulus.

4.     Permohonan Sijil Anak Angkat diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima dokumen yang lengkap atau yang telah mendapat maklum balas dari pihak berkuasa.

5.     Permohonan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada keberadaan pegawai yang meluluskan atau yang telah mendapat maklum balas dari pihak berkuasa.

6.     Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada keberadaan pegawai yang melulus dan telah diwartakan oleh PNMB.

7.     Pengeluaran Ekstrak Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan    (Extract of BNR Certificate) dikeluarkan dalam masa 30 minit.

8.     Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diluluskan dalam tempoh dua (2) hari bekerja tertakluk kepada keberadaan pegawai melulus.
9.     Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) dilaksanakan dan disiapkan mengikut garis panduan dan ketetapan agensi pemula.

10.     Keputusan Lembaga Perolehan Bahagian Sarawak dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

11.     Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

12.     Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan dalam tempoh tiga puluh (30) minit.

13.     Proses permohonan pendaftaran ‘DEEDs’ dilakukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja tertakluk kepada keberadaan pegawai yang melulus.

14.     Pendaftaran kes-kes mahkamah Bumiputera didaftarkan dalam tempoh tiga (3) bulan.

15.     Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

16.     Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat/ Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja.