picture
 

Soalan Lazim


SOALAN LAZIM
 
Seksyen & Bahagian : PROBET
Soalan   : Siapakah yang perlu hadir semasa membuat Probet?
Jawapan : Semua waris (adik - beradik).
 
Soalan   : Adakah setiap probet yang diproses memerlukan pengesahan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum?
Jawapan : Ya, bagi memastikan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar dan sahih.
 
Seksyen & Bahagian :

LESEN & NAMA PERDAGANGAN

Soalan   : Berapa lama setiap Lesen Perdagangan dapat dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Serian?
Jawapan : Setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sekiranya Pegawai Daerah ke kawasan lain, lesen tersebut akan siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu.
 
Soalan   : Adakah lesen sudah siap?
Jawapan : Perlu disemak oleh pegawai bertugas atau boleh menghubungi di talian 082 - 874022 (Pn. Fauziah).



Soalan
Berapakah Bayaran untuk membuat lesen perdagangan yang baru?
Jawapan
Bayaran untuk membuat lesen perdagangan yang baru ialah RM77.00 sahaja.



Soalan
Bilakah tarikh luput lesen perdagangan (T/L)?
Jawapan
Tarikh luput lesen perdagangan ialah 1 tahun dari ia dikeluarkan , Contohnya  02-05-2012, Tarikh luputnya ialah 01-05-2013.
 
Seksyen & Bahagian : ANAK ANGKAT
Soalan   : Adakah perlu saksi untuk proses anak angkat hadir?
Jawapan : Ya, perlu.
 
Soalan   : Adakah perlu untuk anak angkat (kanak - kanak) hadir ke Pejabat Daerah Serian?
Jawapan : Ya, perlu.




Soalan

Bolehkah seorang pemuda ( belum berkahwin ) mengambil anak angkat perempuan?
Jawapan
Tidak boleh.
 
Seksyen & Bahagian : SENJATAPI
Soalan   : Apakah yang perlu dibawa semasa membeli permit peluru?
Jawapan : Sila bawa kelongsong peluru semasa membeli peluru di kaunter senjatapi.
 
Soalan   : Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah?
Jawapan : Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.
 
Soalan   : Berapa lamakah senapang patah perlu diperiksa?
Jawapan : Senapang patah perlu diperiksa setiap (3) tiga tahun sekali di Balai Polis Serian.
  Sebab - sebab senapang patah perlu diperiksa:
  Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan keadaan senapang patah dalam keadaan baik dan dapat digunakan dengan selamat.
 
Soalan   Bolehkah mewakilkan orang lain membawa buku lesen semasa membeli peluru?
Jawapan Tidak Boleh


Soalan
Bilakah tempoh terakhir untuk memperbaharui lesen senapang patah?
Jawapan Sebelum bulan Jun setiap tahun.



Untuk sebarang pertanyaan yang tidak tertera diatas, boleh lah hubungi terus ke office kami di 082-874511/082-874022 atau datang terus ke pejabat kami pada waktu bekerja