picture
 

Objektif & Fungsi Pejabat Daerah Serian


OBJEKTIF

  • Menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati sebagai pusat pentadbiran dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Merancang dan melaksana pembangunan infrastruktur Sosio-ekonomi.
  • Membekal dan mentadbir pelbagai perkhidmatan awam.


FUNGSI UTAMA

Pejabat Daerah Serian secara umumnya, merupakan organisasi yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran di daerah Serian. Ia berperanan penting dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat di bawah pentadbirannya. Fungsi utama Pejabat Daerah Serian adalah seperti di bawah:

  1. Menyelaras aktiviti-aktiviti agensi-agensi kerajaan.
  2. Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melapor projek-projek pembangunan.
  3. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran daerah yang merangkumi pentadbiran institusi masyarakat, perkhidmatan statutori dan hal-ehwal kemasyarakatan.
  4. Melaksanakan tugas-tugas mengawal, mewujudkan dan mengekalkan keamanan dan keselamatan kawasan daerah.
  5. Melaksana dan menyelaras tugas-tugas skretariat untuk upacara dan program rasmi kerajaan.
  6. Mengurus hal-ehwal pentadbiran am, sumber manusia, harta, kewangan dan belanjawan pejabat.


Fungsi-fungsi Pejabat Daerah Serian boleh di klasifikasi seperti di bawah:

A) PERUNDANGAN

i. Memproses, Merekod Probet dan Mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (LA).

ii. Mendaftar dan Memproses Pengambilan Anak Angkat.

Iii. Memproses Pendaftaran Nama Perniagaan, Permohonan Lesen Perdagangan dan Pembaharuan Lesen Perdagangan.

iv. Memproses Pertukaran Hak Milik Senjata Api melalui Probet.

v. Pengeluaran Permit Membeli Peluru.

vi. Urusan Perakuan Bersumpah.

vii. Memproses Permohonan Memungut Derma daripada Orang Awam.

viii. Mendaftar dan Mendengar Kes-kes Mahkamah Bumiputera.

ix. Pendaftaran DEED


B) PEMBANGUNAN

i. Penyelaras Program-program Pembangunan dan Aktiviti-aktiviti Kerajaan dan Agensi-agensi yang tidak mempunyai wakil di Daerah Serian.

ii. Merancang dan Melaksanakan Projek-projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Iii. Penyelarasan Projek-projek Pembangunan di Daerah Serian.

iv. Melaksanakan Pelan Pembangunan Bersepadu untuk Kampung-kampung Termiskin. Tumpuan diberi kepada Pembangunan Fizikal dan Mental.

v. Memberi Khidmat Nasihat kepada semua Pelanggan Dalaman dan Luaran yang memerlukan bantuan dan bimbingan.


C) PENTADBIRAN AM

i. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

ii. Pengurusan Fail.

Iii. Pengurusan Kewangan

iv. Pengumpulan Data Asas bagi Kampung-kampung.

v. Keceriaan dan Kebersihan Dalaman dan Luaran Pejabat.

vi. Membantu menyelaras Perayaan Peringkat Bahagian seperti Hari Kebangsaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Lawatan Orang Kenamaan dan sebagainya.