Senjata Api dan Peluru


Undang -Undang Berkaitan 

  • Akta Senjata Api, 1960
  • Pekeliling-pekeliling


A. PERMOHONAN PERMIT MEMBELI PELURU

Definisi

"Permit membeli peluru" bermaksud lesen membeli  atau memperolehi atau menukar peluru. [Form 11, Akta Senjata Api, 1960 Seksyen 11 (4).]


Dokumen/Perkara yang perlu disediakan pemohon.

  • Buku Lesen Miliki dan Menggunakan atau Membawa dan Menggunakan Senapang Patah yang sah.
  • Kelosong peluru terpakai.
  • Bayaran sebanyak RM2.00 sahaja.


Peringatan: 

  • Tempoh sah laku permit membeli peluru adalah untuk 1 bulan sahaja dari tarikh membeli.
  • Pemohon hanya dibenarkan membeli 10 butir peluru sebulan untuk satu permit.


B. PERMOHONAN PINDAH HAK MILIK SENAPANG PATAH

Maklumat Umum

Pada ketika ini, Permohonan Pemindahan Hak Milik Senapang Patah hanya boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu;

  • Melalui Probet (Pemilik sudah meninggal dunia) atau;
  • Semasa Hayat (Pemilik masih hidup).

Untuk kedua-dua cara di atas, Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti Laporan Kesihatan oleh Doktor daripada Klinik atau Hospital Kerajaan dan senjata api telah diperiksa oleh pihak Polis dan didapati berfungsi serta masih boleh digunakan. Tapisan keselamatan terhadap pemohon akan dilakukan oleh Polis setelah borang permohonan yang dihantar oleh Pejabat Daerah Serian.

Bagi Permohonan Pemindahan Hak Milik Semasa Hayat, syaratnya adalah seperti berikut:-

  • Pemilik senapang mestilah berumur 65 tahun ke atas. Jika tidak (belum mencapai usia tersebut), Laporan Kesihatan dari doktor kerajaan (Klinik atau hospital) perlu disertakan.
  • Hanya dipindah ke anak pemilik sahaja. (lelaki atau perempuan)


Dokumen yang perlu disediakan pemohon

  • Dua (2) keping gambar berukuran passport
  • Salinan asal lesen senapang patah
  • Surat pengesahan pemeriksaan senapang patah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik senapang patah
  • Salinan Sijil Lahir/Surat Sumpah pemohon
  • Salinan geran tanah atau surat pengesahan pemilikan kebun/tanam-tanaman daripada Ketua Kaum
  • Resit Bayaran RM2.00


Dokumen tambahan yang diperlukan untuk Permohonan Pindah Milik Senapang Patah Melalui Probet

  • Salinan Kad Pengenalan pemegang surat kuasa pentadbir
  • Salinan surat kuasa pentadbir (Letter Administration) dan surat persetujuan daripada pemegang surat kuasa pentadbir
  • Surat menyimpan senapang patah di Balai Polis bagi melalui probet

 
Borang permohonan Borang 1, perlu dilengkapkan semasa mengemukakan permohonan.