picture
 

LESEN SABONG AYAM


Lesen sabung Ayam diisukan di bawah peruntukan Peraturan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang (sabung Ayam)(Pindaan) 1996 dan Ordinan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen untuk mengadakan aktiviti sabung ayam sempena dengan perayaan:

  • Gawai Burong
  • Gawau Antu
  • Gawai Batu
  • Sabung Lumbong
  • Perayaan lain yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak

Permohonan lesen akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemberian Lesen sabung Ayam Bahagian Serian yang dipengerusikan oleh Residen.

Bagaimana anda memohon?

  1. Dapatkan borang secara percuma di Pejabat Daerah
  2. Isi borang dalam (2) dua salinan dan kemukakannya bersama dokumen berikut:

  • Peta lokasi tempat sabung ayam
  • Sijil kematian (bagi Gawai Antu - Sambong Lumbong)
  • Kebenaran daripada Ketua Masyarakat


Bayaran

  • Yuran lesen sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

Peringatan

  • Lesen sabung ayam mesti dipulangkan kepada Pejabat Residen Bahagian Serian dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh sabung ayam diadakan.
  • Pengeluaran lesen sabung ayam dibekukan serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian sejajar dengan keputusan yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak semasa sidang media di Bintulu pada 19 Mei 2021.


Pegawai Yang Bertanggungjawab:

  • En. Boniface Voon, Pembantu Tadbir (P/O)
  • Pn. Chan Siew Ling, Pembantu Tadbir (P/O)