Pejabat Residen Bahagian Serian

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

picture
 

LESEN PERKAHWINAN KHAS BUKAN ISLAM


DEFINISI

Perakuan Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud untuk meluluskan perkahwinan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dan Kaedah-kaedah, Seksyen 21 tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan memberi kebenaran kepada Pendaftar Perkahwinan untuk mengupacarakan perkahwian dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan ini.

Permohonan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang diproses oleh Pejabat Residen Bahagian Serian:

  • Permohonan Persetujuan Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan (Seksyen 21 (1)).[Borang JPN.KC01C & Borang JPN.KC02]
  • Permohonan Persetujuan Perkahwinan Bagi Seseorang Yang Berumur Dibawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun (Seksyen 21 (2)). [Borang JPN.KC01D & Borang JPN.KC02]
  • Permohonan Persetujuan Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (Seksyen 21 (3)). [Borang JPN.KC01E & Borang JPN.KC02]

 

BAGAIMANA HENDAK MEMOHON

1. Sediakan Dokumen Asal/Salinan;

  • Salinan dokumen wajib;
    • Salinan Kad Pengenalan (Lelaki & Perempuan)
    • Salinan Sijil Kelahiran (Lelaki & Perempuan)
    • Gambar Berukuran Pasport (Lelaki & Perempuan)
    • Salinan Surat/Sijil Cerai (bagi yang telah berkahwin)
    • Surat Akuan Pengesahan Status Perkahwinan

  • Dokumen Asal/Salinan bergantung kepada jenis permohonan;
    • Salinan Kad Pengenalan (bapa kepada pihak perempuan dibawah umur – Jika Berkenaan)
    • Persetujuan perkahwinan daripada ibubapa (jika pemohon perempuan berumur di bawah 18 tahun tapi genap 16 tahun (Borang JPN.KC01D) atau;
    • Persetujuan perkahwinan daripada ibubapa (jika pemohon lelaki & perempuan berumur di bawah 21 tahun (Borang JPN.KC01B)

  • Dokumen Asal/Salinan bergantung kepada pekerjaan(Keutamaan diberikan Kepada Anggota Unit Beruniform)  & jarak tempat bekerja pemohon;
    • Surat asal  Pengesahan/Perakuan dari Majikan/Ketua (jika pemohon adalah Polis & Tentera)
    • Surat kelulusan cuti singkat dari Majikan/Ketua
    • Salinan tiket kapal terbang bagi pemohon bekerja diluar Bahagian Serian atau Sarawak.

2. Kemukakan permohonan dan dapatkan Borang [(JPN. KC01B / JPN.KC01C / JPN.KC01D / JPN.KC01E) & Borang JPN.KC02] secara PERCUMA di JPN Daerah Serian atau JPN Daerah Tebedu iaitu masing-masing dalam Bahagian Serian.

3. Bagi Borang JPN.KC02 pastikan bahagian D.2 dimuka surat 4 di tandatangan oleh Majistret/Pesuruhjaya Sumpah. Perakuan daripada Majistret/Pesuruhjaya Sumpah boleh dibuat di Pejabat Daerah Serian atau Tebedu. Sediakan Stem Hasil RM10.00 sebelum perakuan dilakukan.

4. Selesai berurusan di Pejabat Daerah, pemohon akan pergi semula ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat semakan dokumen permohonan semula dan seterusnya menghantar permohonan ke Pejabat Residen Bahagian Serian bersama surat iringan (cover letter) dari Jabatan Pendaftaran Negara.

5. Dibawah langkah-langkah Urusan 'Perkahwinan Khas Bukan Islam' yang perlu diambil PERHATIAN sebelum pemohon datang ke Pejabat Residen Bahagian Serian;

  • Sila buat panggilan ke talian 082-892002 / 082-892011 untuk membuat temujanji dan memastikan Residen berada di pejabat ini kerana hanya beliau yang ada kuasa untuk menandatangani borang permohonan tersebut.
  • Bagi permohonan Lesen Perkahwinan Gadis Bawah Umur (Borang JPN.KC01D atau Borang JPN.KC01B), pastikan ibubapa hadir bersama.
  • Selesai berurusan di Pejabat Residen Bahagian pemohon akan pergi semula ke Jabatan Pendaftaran tempat pemohon berurusan sebelum ini untuk urusan selanjutnya.
  • Yuran Proses Permohonan sebanyak RM100 bagi (Lesen Perkahwinan Ekspres) dan RM10.00 bagi (Lesen Perkahwinan Gadis Bawah Umur) akan dikenakan kepada pemohon. Bayaran boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Pejabat Daerah Serian.
  • Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Serian:
  • lebih kurang 30 minit tertakluk kepada keberadaan Residen di pejabat.

6. Bagi pemohon yang Bukan Warganegara Malaysia (Pasangan), mereka perlu melalui proses permohonan biasa (Pamer).

Pegawai Yang Bertanggungjawab:

  1. En. Richard anak Usah, Setiausaha Pejabat ( Tel: 082-892002)
  2. Cik Teresa anak Albert, Pembantu Setiausaha Pejabat  (Tel: 082-892011)
Tingkat Berurusan:
Pejabat Residen Bahagian Serian,
Tingkat 5 (Sayap Kiri), Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Serian)