Piagam Pelanggan
********************************************************************
PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN
(Sumber: MS ISO 9001:2015 PENTADBIRAN BAHAGIAN SERIAN)
************************************************************************
Kami Berusaha Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:
| 1. | Permohonan Lesen Perkahwinan Sivil Khas diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja. | |
| 2. | Permohonan Permit Kutipan Awam diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | |
| 3. | Permohonan Lesen Sabong Ayam diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada Residen Bahagian Serian. | |
| 4. | Permohonan Pindah Nama Hak Milik Senapang Patah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada Pejabat Daerah. | |
| 5. | Keputusan Permohonan Baru Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat. | |
| 6. | Keputusan Permohonan Pembaharuan Perkhidmatan Kredit Komuniti dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah jawatankuasa bermesyuarat.. | |
| 7. | Pendaftaran kes rayuan Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan dalam tempoh pada hari yang sama dokumen lengkap diterima. | |
| 8. | Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari permohonan difailkan | |
| 9. | Pengesahan Akuan Berkanun / Surat Sumpah diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari permohonan lengkap diterima | |
| 10. | Keputusan Lembaga Perumahan A dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat.. | |
| 11. | Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. | |
| 12. | Penyelarasan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah berlakunya bencana. | |
| 13. | Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas pertimbangan. | |
| 14. |
Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja, tertakluk kepada medium aduan. Contohnya peti cadangan, e-mel, media sosial, Talikhidmat & Survey Management System.
|
*********************************************************************
PIAGAM PELANGGAN
PEJABAT DAERAH
(Sumber: MS ISO 9001:2015 PENTADBIRAN BAHAGIAN SERIAN)
*********************************************************************
Kami Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Mesra Dan Terbaik Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Seperti Berikut:
| 1. | Permohonan baharu Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 2. | Permohonan baharu Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 3. | Permohonan penggantian Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 4. | Permohonan pembatalan Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration)/ Probet (Probate of Will) diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 5. | Permohonan baharu Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 6. | Permohonan penggantian Sijil Anak Angkat diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 7. | Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan lesen dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Serian. | ||
| 8. | Permohonan berkaitan senapang patah yang memerlukan pertimbangan Setiausaha Kerajaan Sarawak dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Serian. | ||
| 9. | Permohonan Pindah Tempat Daftar Senapang Patah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Serian. | ||
| 10. | Permohonan penggantian Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 11. | Permohonan pembaharuan Lesen Senapang Patah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dokumen lengkap diterima. | ||
| 12. | Pengeluaran Lesen Membeli Peluru diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dokumen lengkap diterima. | ||
| 13. | Permohonan baharu Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 14. | Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 15. | Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diprosesdalam tempoh lima (5) hari bekerja dokumen lengkap diterima. | ||
| 16. | Permohonan penggantian Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 17. | Permohonan baharu Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 18. | Permohonan pembaharuan Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 19. | Permohonan penggantian Lesen Perdagangan (Trade Licence) diproses dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 20. | Pendaftaran kes-kes Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dokumen lengkap diterima. | ||
| 21. | Pendengaran dan keputusan permohonan reman diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja permohonan difailkan. | ||
| 22. | Sijil perlantikan/pembaharuan/surat penamatan perkhidmatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Serian. | ||
| 23. | Sijil perlantikan/pembaharuan/surat penamatan perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen Bahagian Serian | ||
| 24. | Pengesahan Akuan Berkanun / Surat Sumpah diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari permohonan lengkap diterima. | ||
| 25. | Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) diselesaikan dalam tempoh masa mengikut deskripsi projek. | ||
| 26. | Keputusan Lembaga Perolehan Daerah dimaklumkan kepada pembekal melalui surat tawaran kerja atau bekalan / perkhidmatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. | ||
| 27. | Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 28. | Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. | ||
| 29. | Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat/ Kenderaan/ Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas pertimbangan. | ||
| 30. | Setiap aduan pelanggan diaku terima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja, tertakluk kepada medium aduan. Contohnya peti cadangan, e-mel, media sosial, Talikhidmat & Survey Management System. | ||
| 31. | Keputusan Lembaga Perumahan B dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah Lembaga bermesyuarat. |
Tarikh kemaskini: September 2025
