picture
 

Pendaftaran Surat Perjanjian


MAKLUMAT UMUM

Surat Perjanjian terdiri daripada Perjanjian Am dan Perjanjian Sewa Beli.

  • Perjanjian Am dibuat antara 2 pihak seperti kontrak dan sewa (lease, sub-lease & tenancy agreement),
  • Perjanjian Sewa Beli bermaksud perjanjian di antara penjual dan pembeli bagi barangan yang dibayar secara ansuran.

 

Langkah-langkah berikut perlu diambil kira sebelum mengemukakan dokumen perjanjian:-

  • Dokumen-dokumen mencukupi dan lengkap.
  • Setem Hasil perlu dilekatkan terlebih dahulu di setiap salinan dokumen.
  • Pihak-pihak yang berkenaan perlu menandatangani setiap dokumen yang dikemukakan.
  • Bayaran sebanyak RM5.00 setiap set secara tunai atau menggunakan cek.
  • Dokumen mestilah tidak kurang dari 2 set.


UNDANG-UNDANG

  1. Ordinan Pendaftaran Surat Perjanjian (Bab 84)
  2. Akta Sewa Beli 1967
  3. Hire Purchase Registration Ordinance 1958
  4. Ordinan Setem 1949


BAYARAN YURAN

Yuran Pendaftaran sebanyak RM5.00 untuk setiap set.