picture
 

LESEN PUNGUTAN AWAM


DEFINISI

Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.

Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Serian proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Serian sahaja.

Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (pungutan dibuat bagi lebih dari satu Bahagian Pentadbiran), borang permohonan yang lengkap mestilah dimajukan kepada:

Setiausaha Kerajaan Sarawak,

Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri,

Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia,

Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak.


BAGAIMANA HENDAK MEMOHON

1. Pemohon boleh mendapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Daerah Serian. Borang A yang telah lengkap hendaklah dikepilkan bersama - sama dengan dokumen sokongan seperti dibawah:-

  • Tiga (3) keping gambar bersaiz pasport bagi pemohon
  • Tiga (3) keping gambar bersaiz pasport setiap pemungut.
  • Satu (1) salinan fotostat MyKad bagi setiap orang pemohon dan pemungut.
  • Satu (1) salinan penyata akaun bank.
  • Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini.

2. Pemohon mengemukakan permohonan ke Pejabat Residen Bahagian Serian untuk dimajukan ke Ketua Polis Daerah bagi tujuan tapisan keselamatan.

3. Sekiranya lulus tapisan keselamatan daripada PDRM, permohonan tersebut akan dikemukakan kepada Residen Bahagian untuk kelulusan.

5. Yuran Lesen Pungutan Awam sebanyak RM25.00 akan dikenakan jika permohonan diluluskan. Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran Pejabat Daerah Serian.


Sila Ambil Perhatian:

Pastikan pemohon untuk hadir bersama setiap pemungut selepas permohonan diluluskan oleh Residen.

  • Pastikan pemohon mengemukakan Penyata Bank setelah proses kutipan derma / dari tarikh luput lesen, sekiranya gagal berbuat demikian, pemohon boleh dikenakan DENDA SEBANYAK RM2000 (RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU).


Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Serian.

  • lebih kurang dalam 30 minit berurusan dengan pegawai kami.
  • Kelulusan Tapisan Keselamatan daripada Ketua Polis Daerah 21 Hari bekerja daripada tarikh permohonan dikemukakan oleh pejabat Residen Serian.
  • Kelulusan Residen 5 hari Bekerja dari tarikh permohonan diterima daripada KPD, walaubagaimanapun, ia juga tertakluk kepada keberadaan Residen.


Borang- borang seperti berikut akan dikeluarkan  oleh pejabat Residen Serian kepada pemohon sekiranya permohonan tersebut telah DILULUSKAN.

1. FORM B
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
Licence to promote and solicit a collection (Section 4 (3))
2. FORM C
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
 Collectors's certificate of authority (Section 6 (2))
3. FORM D
The Public Collections Ordinance , 1996 (Chapter 21)
 Collectors's Identification Card (Section 6(2))


Pegawai Yang Bertanggungjawab:

  • Pn. Coroline Nyandot