picture
 

Apa itu E-Kasih?


  • Apakah eKasih ? 
    Sistem ekasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.


  • Bilakah eKasih diwujudkan? 
    eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan mesyuarat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.


  • Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ? 
    Pada peringkat awal pelaksanaan data dan maklumat bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) sebagai Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang terdiri daripada dua fasa dimana senarai terkini pada waktu berkenaan daripada UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) menjadi asas kepada data BIRM Fasa I. BIRM Fasa I telah dijalankan pada Disember 2007 sehingga Jun 2008. Bagi memantapkan lagi skop data eKasih, bancian juga turut merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS). BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen / ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri. Susulan daripada pelaksanaan dua (2) fasa berkenaan, proses pengumpulan data diperluaskan kepada masyarakat melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih.


  • Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini? 
    Perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain. Selain itu faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci turut menjadi punca kepada berlakunya perkara ini. Langkah yang dilaksanakan oleh ICU JPM ialah melalui kerjasama dengan pihak NGO/agensi yang  berkaitan dengan program/projek pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, pendaftaran terbuka dalam sistem eKasih juga memberi peluang kepada mereka yang tidak dicakupi semasa banci BIRM Fasa I dan Fasa II.


  • Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih? 
    Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012.


  • Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih? 
    Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).


  • Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 
    Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.


  • Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
    Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di tempat kediaman yang dipilih.


  • Apakah PGK semasa (mengikut wilayah) yang digunakan?

 

Wilayah

2012

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah (RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah (RM)

Per Kapita (RM)

Sem. Malaysia

830

210

520

130

Bandar

840

220

510

130

Luar Bandar

790

190

530

120

Sabah & Labuan

1,090

240

660

140

Bandar

1,080

240

630

140

Luar Bandar

1,120

240

710

150

Sarawak

920

230

600

140

Bandar

960

230

630

150

Luar Bandar

870

220

570

140

                                                                                                                                         Sumber : EPU JPM

  

  • Siapakah yang dimaksudkan sebagai Mudah Miskin 
    Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK semasa mendaftar dan  treshold di bawah RM1,500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita sesebuah keluarga? 
    Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

  • Bagaimanakah cara permohonan ID eKasih? 
    Bagi agensi di peringkat negeri, ID eKasih boleh dipohon melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN), manakala agensi diperingkat persekutuan, boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM.

  • Apakah perbezaan Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah disahkan dengan Senarai Penerima Bantuan (SPB)?
    KIR yang telah disahkan merupakan KIR yang telah menjalani proses verifikasi yang dilaksanakan oleh pembanci dan mengandungi profil lengkap KIR,    manakala SPB pula merupakan senarai penerima bantuan yang tidak menjalani proses verifikasi dan hanya mengandungi maklumat asas KIR sahaja.

  • Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
    Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

  • Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
    Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.