picture

 

Bahagian Serian


   
Daerah Serian adalah salah satu daripada empat daerah di Bahagian Samarahan selepas Samarahan diistiharkan sebagai Bahagian pada 01 Januari 1987. Ia dikenali sebagai Daerah Sadong pada penubuhannya dalam tahun 1901 yang beribu pejabat di Simunjan. Pada bulan Februari 1955 Serian (Upper Sadong) dan Simunjan (Lower Sadong) telah dipisahkan dan masing-masing menjadi Daerah penuh. Pegawai Daerah yang pertama semasa pemerintahan penjajahan ialah Mr. H.R. Harbow manakala simunjan masih kekal di bawah Bahagian Samarahan. 

Serian telah diisytihar sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak pada 11 April 2015. Pengisytiharan itu dibuat sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Pesta Birumuh Serian 2015 di Kompleks Sukan Serian. “Serian would become the first predominantly-Bidayuh division” - The Borneo Post, 12 April 2015

Bahagian Serian telah digazet sebagai Bahagian pada 1 Ogos 2015 merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan seluas 2,405 km persegi. Pejabat Daerah Serian dan Pejabat Daerah Tebedu diketuai oleh Pegawai Daerah manakala Pejabat Daerah Kecil Siburan diketuai oleh Pegawai Tadbir Sarawak (SAO).
 
PENGWUJUDAN DAERAH SIBURAN DAN DAERAH KECIL BALAI RINGIN
“The government has decided to upgrade Siburan sub-district to a district. That means Siburan will have all the necessary prerequisites and infrastructure for a district. With this announcement, Serian Division now has three districts namely Serian, Tebedu and Siburan, with Balai Ringin as the sub-district.” - Borneo Post, 28 November 2021.
 
YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg on 27th November 2021 officially announced the elevation of Siburan as a district while Balai Ringin is Sarawak’s newest sub-district. The announcement was made during the launch of Serian Division’s Sarawak Government Administrative Complex.
   
  “The changes in administrative boundaries through the creation of new division, districts and sub districts are to meet the increased expectations of the rakyat in the provision of service delivery and the implementation of programmes and projects.” - Winding Up Speech by YAB Chief Minister 17th Sitting of Dewan Undangan Negeri, 29 April 2015.