picture
 

Program Bantuan Rumah (PBR)


Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.


Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem e-Kasih atau SSPKR.Keutamaan akan diberikan kepada:

  • Golongan tua
  • Uzur dan cacat
  • Ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

Penerima bantuan perlu memiki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.


Komponen dan Kadar Bantuan

Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori:

  • Membina Semula/Bina Baru
  • Membaikpulih Rumah; dan
  • Membaiki Kerosakan Rumah Kerana Ditimpa Bencana


Kadar Bantuan Yang Diluluskan:

Bina Baru

Jadual 1.0: Kadar bantuan bagi skop bina baru

Bil

Kawasan

Jenis Rumah

Kadar Rumah* (RM)


Maksimum Kos Ekstrem**
(RM)

1

Semenanjung

1 Bilik

21,000

 

9,000

2 Bilik

37,000

3 Bilik / Teres / Berkembar

40,000



2



Sabah / Sarawak / W.P. Labuan

1 Bilik

26,500

12,000

2 Bilik

46,500

3 Bilik / Teres / Berkembar / Panjang

50,000


Nota: 
**  Kos ekstrem – kos tambahan bagi projek di lokasi ekstrem  (sukar dihubungi melalui jalan biasa, pedalaman, pulau dan tapak bermasalah).


Baik Pulih

Jadual 2.0: Kadar bantuan bagi skop baik pulih

Bil Wilayah Semenanjung Malaysia Sabah / Sarawak / W.P. Labuan
1 Kos Maksimum Baik Pulih (RM 11,000 12,000
2 Kos Ekstrem Maksimum (RM) 1,000 2,000


Nota: Kadar bantuan baik pulih rumah hendaklah berdasarkan kos pembaikan sebenar.

 

Kaedah Pelaksanaan

Senarai permohonan bantuan PBR dikenalpasti untuk kelulusan KKLW berasaskan sumber yang diperakukan oleh agensi pelaksana peringkat negeri dari Daftar dan Profil KIR Miskin Tegar atau menerusi Pendaftaran Terbuka yang diuruskan oleh Pejabat Daerah/agensi pelaksana. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara:

  • Gotong-royong
  • Pelantikan kontraktor Kelas F oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.