1,200 Nanas Disumbang Sempena Iftar Ramadan Di Serian

Posted on 26 Mar 2025
Source of News: UKAS
1,200 Nanas Disumbang Sempena Iftar Ramadan Di Serian

SERIAN: Sebanyak 1,200 biji buah nanas telah diagihkan bersempena program Iftar Ramadan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Serian dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia pada Selasa.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara agensi Kerajaan di Bahagian Serian.

Nanas-nanas tersebut telah diagihkan kepada agensi-agensi Kerajaan di Bahagian Serian dan Pusat Khidmat ADUN di Daerah Serian.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap, Pegawai Daerah Serian Inting Nyami, Pegawai Daerah Tebedu Gerard George Entigar, Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari, Pegawai dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan wakil-wakil agensi Kerajaan Bahagian Serian. -EDISI UKAS