TEBEDU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Tebedu kini memainkan peranan lebih luas, bukan hanya di kampung tetapi juga di Pejabat Daerah Tebedu bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi penduduk.
Menurut Pemanca Kane Manung, yang mengetuai Pejabat Ketua Masyarakat Tebedu, penugasan KMKK di Pejabat Daerah bertujuan merapatkan hubungan dengan kakitangan kerajaan serta menjadi platform bagi penduduk membincangkan isu-isu berbangkit, termasuk hal peribadi dan rumah tangga.
Dengan kehadiran Penghulu dan Pemanca, masalah yang dihadapi masyarakat dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan.
Kane menegaskan bahawa inisiatif ini telah membuktikan keberkesanannya dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat sejak ia mula dilaksanakan pada September 2024.
Dengan peranan aktif KMKK di Pejabat Daerah Tebedu, penyampaian perkhidmatan kepada penduduk setempat dapat dipertingkatkan. -EDISI UKAS