192 Kanak-Kanak Tabika & Taska KEMAS Bahagian Serian Diraikan

Posted on 09 Jan 2025
Source of News: UKAS

 
SERIAN: Seramai 192 kanak-kanak tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Serian telah diraikan dalam satu majlis apresiasi pada Khamis.

Pegawai KEMAS Daerah Serian, Sawai Akin berkata majlis apresiasi yang diadakan setiap tahun adalah untuk mengiktiraf kecemerlangan kanak-kanak tabika dan taska KEMAS.

“Selain memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan kanak-kanak, ianya juga menjadi platfom bagi meraikan kejayaan mereka yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran 2024 /2025 di bawah bimbingan pendidik warga tabika dan taska,” katanya.

Sementara itu, wakil Residen Bahagian Serian, Ester Najoh menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang bijak pandai kerana ibu bapa yang paling rapat di rumah berbanding guru.

Beliau berharap agar usaha murni mendidik kanak-kanak dapat diteruskan dan berkekalan kerana anak-anak Sarawak muda bakal menjadi pewaris bangsa dan negara pada masa akan datang. -EDISI UKAS