INDONESIA: Program Sosek MALINDO yang diadakan setiap tahun berjaya mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya antara Tebedu dan Entikong.
Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalid Manap, berharap hubungan baik ini terus dipertahankan demi kepentingan kedua negara.
Menurutnya, program ini tidak hanya merangkumi sukan, tetapi juga memperkukuh silaturahim dan kerjasama antara rakyat dan penjawat awam di sempadan.
Abdul Khalid turut berbangga atas komitmen Bahagian Serian terutamanya Pejabat Daerah Tebedu dalam melaksanakan program ini.
Katanya sejak 22 tahun lalu, program ini dianjurkan secara bergilir-gilir, dengan Indonesia menjadi tuan rumah pada tahun ini.
Beliau berharap program Sosek MALINDO dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sukan di kedua negara.
Antara sukan yang dipertandingkan termasuk sukan rakyat, badminton, futsal, dan bola tampar.-EDISI UKAS