Karnival Siburan Berpotensi Diangkat Sebagai Acara Tahunan

Posted on 12 Dec 2024
Source of News: UKAS
SIBURAN: Karnival Siburan berpotensi diangkat menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.
 
Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari berharap program tersebut akan menjadi sebahagian daripada kalendar acara bagi Bahagian Serian.
 
“Jadi kita berharap tahun hadapan kita akan datang semula dan menganjurkan Karnival Siburan kerana kita sebagai pihak penganjur juga berharap mendapat lebih banyak peruntukan berbanding tahun ini,” ujarnya pada Majlis Penangguhan Karnival Siburan 2024 di sini baru-baru ini.
 
Beliau juga memohon agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta para penduduk Daerah Siburan supaya terus memberi sokongan dan kerjasama agar Karnival Siburan pada masa akan datang terus mendapat sambutan.
 
“Ini akan menyokong para penjaja yang terlibat dan mereka bakal mendapat lebih banyak keuntungan pada masa akan datang,” katanya.
 
Difahamkan, Karnival Siburan 2024 yang berlangsung selama dua hari, bermula 7 hingga 8 Disember ini merupakan julung kali diadakan di Daerah Siburan.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival tersebut, antaranya Jualan Rahmah, Siburan Agro Bazar, Pertandingan Battle of The Band, Siburan Fun Run, pameran agensi kerajaan dan gerai-gerai jualan.
 
Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek dan wakil Residen Bahagian Serian Esther Najoh. -EDISI UKAS