Cabaran Berakit 25 km Menanti Peserta Serian Rafting Challenge Festival 2024

Posted on 17 Sep 2024
Source of News: TVS
Dato Sri Richard Riot- sidang media Serian Rafting Challenge Festival 2024
 
SERIAN, 17 Sept: Serian Rafting Challenge Festival 2024 kembali bagi edisi ke-12 penganjurannya tahun ini yang akan berlangsung pada 27 dan 28 September depan. Acara yang mempertandingkan lima kategori ini menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM30,000. Ahli Parlimen Serian Datuk Sri Richard Riot berkata, sebanyak 86 pasukan sudah mengesahkan penyertaan termasuk bagi terbuka lelaki, wanita dan belia.
“Turut dipertandingkan kategori kumpulan campuran agensi kerajaan dan kumpulan campuran agensi pelancongan.
“Acara ini bakal bermula seawal 7 pagi dengan cabaran berakit sejauh 25 kilometer (km) bermula dari Kampung Tema Mawang hingga ke Pekan Tebakang,” katanya pada sidang media acara itu di Majlis Daerah Serian di sini hari ini.
Tambahnya, festival ini merupakan salah acara untuk mempromosikan produk pelancongan di Serian terutamanya ekopelancongan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti pertandingan Ratu Bilanting dan sukaneka selain pembukaan lebih 60 gerai jualan bagi menggalakkan penyertaan penduduk setempat untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka. -TVS.