Projek RTP Tingkat Kemudahan Penduduk Kampung Batu Lin & Krusen Siu

Posted on 17 Mar 2026
Source of News: UKAS
Projek RTP Tingkat Kemudahan Penduduk Kampung Batu Lin & Krusen Siu
 
 
TEBEDU: Penduduk Kampung Batu Lin dan Kampung Krusen Siu bakal menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik menerusi pelaksanaan projek menaik taraf sistem perparitan serta pemasangan pagar di kawasan padang kampung di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Tebedu.

Majlis penyerahan tapak projek tersebut berlangsung pada Isnin dan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada sebagai tanda permulaan pelaksanaan kerja oleh pihak kontraktor.

Projek menaik taraf sistem perparitan di Kampung Krusen Siu dijangka membantu mengurangkan masalah air bertakung di kawasan kampung, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Selain itu, pemasangan pagar jenis chain link di padang Kampung Batu Lin turut memberi nilai tambah kepada kemudahan komuniti dengan meningkatkan aspek keselamatan serta keselesaan penduduk yang menggunakan kawasan tersebut untuk aktiviti riadah dan kemasyarakatan.

Menurut beliau, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur asas terus dipertingkatkan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.-EDISI UKAS