Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Ke-65 Diteruskan di Serian
Disiarkan pada 05 Feb 2026
Sumber Berita: UKAS
SERIAN: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 diteruskan dengan sesi hafazan hari kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Serian di sini pada Khamis.
Seramai 11 peserta mempersembahkan hafazan masing-masing menerusi dua sesi yang bermula seawal 8.30 pagi.
Program turut diserikan dengan persembahan khas bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keindahan majlis.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Mual Su’aud, serta Timbalan Residen Bahagian Serian, Abdul Khalid bin Manap.
Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak bagi tahun 1447H/2026M ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat para penghafaz Al-Quran, malah berperanan memperkukuh penghayatan dan kecintaan masyarakat Islam terhadap kitab suci Al-Quran.-EDISI UKAS