Raptai Majlis Perasmian Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 Tahun 1447H/2026M Berjalan Lancar

Disiarkan pada 04 Feb 2026
Sumber Berita: UKAS
Raptai Majlis Perasmian Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 Tahun 1447H/2026M Berjalan Lancar
 
SERIAN: Raptai penuh bagi Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak Kali Ke-65 Tahun 1447H/2026M berjalan dengan lancar.

Raptai ini melibatkan penyertaan serta kerjasama semua pihak berkaitan, termasuk urus setia majlis, pasukan keselamatan serta wakil-wakil jabatan dan agensi terlibat.

Pelaksanaan raptai diadakan bagi memastikan penyelarasan atur cara majlis, kefahaman peranan setiap pihak yang terliba serta kelancaran perjalanan majlis perasmian yang dijadualkan berlangsung pada 4 Februari 2026.

Difahamkan, majlis perasmian berkenaan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari l Tun Datuk Abang Openg.

Hadir dalam sesi raptai ini ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Timbalan Pengarah II Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustaz Wan Shaifuddin Wan Madihi, CEO Darul Hana Quranic Centre Majlis Islam Sarawak Mohamad Shalahudin Marzuki dan Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap. -EDISI UKAS