13 KMKK Bukit Semuja Terima Watikah Pelantikan

Disiarkan pada 24 Dec 2025
Sumber Berita: UKAS
13 KMKK Bukit Semuja Terima Watikah Pelantikan
 
 
SERIAN: Seramai 13 Ketua Kaum dan Kapitan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Bukit Semuja menerima sijil watikah pelantikan semula dan baharu.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11 Ketua Kaum dan Kapitan menerima pelantikan semula, manakala dua lagi menerima pelantikan baharu.

Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus dalam satu majlis minum petang di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Serian pada Selasa.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ketua Kaum atas komitmen, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Saya berharap agar pelantikan semula dan baharu ini dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat serta pelaksanaan program pembangunan di kawasan DUN N23 Bukit Semuja,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk Kapitan dan Tuai Rumah yang bakal menerima elaun tambahan sebanyak RM400 sebulan bermula Januari 2026. -EDISI UKAS