TM Bentuk Cawangan Kecil di Serian, Perkukuh Persatuan dan Kerjasama Golongan Muda
Posted on 19 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online
SIBU: Seiring usahanya mahu mengukuhkan lagi kedudukan persatuan dan menambah ahli baharu khususnya dalam kalangan golongan muda serta menjalin kerjasama dengan masyarakat setempat, Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua (TM) baru-baru ini telah membentuk cawangan kecilnya di Serian, Kuching.
Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat TM Induk Riben Rinah yang hadir bertempat di Grandpa Restaurant (Lepapa) Serian.
TM Induk turut menasihati ahli TM supaya sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka serta nama baik dengan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menjejaskan nama persatuan dan imej mereka.
Ia juga berharap pembentukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan persatuan itu dengan masyarakat setempat dan pada masa yang sama terlibat dengan aktiviti sosial dan kebajikan
"Begitu juga ahli-ahli jangan menyalahgunakan baju dengan logo. Gunakan ia hanya untuk tujuan persatuan sahaja, bukan agenda peribadi.
“Melalui perasmian ini juga kita sudah merancang dan merangka aktiviti sepanjang tahun yang akan membawa manfaat dan kebaikan bukan sahaja kepada ahli tetapi juga masyarakat setempat yang banyak memberi sokongan kepada TM," katanya.
Pada masa yang sama TM Induk mahu TM menjadi sebuah pertubuhan yang disegani dan dihormati ramai, di samping mengalu-alukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain yang ada di Serian untuk bekerjasama dengan TM dalam membantu masyarakat yang memerlukan.