picture
 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Bagaimanakan proses Akuan Sumpah dijalankan?

Setiap Akuan Sumpah yang hendak dilakukan hendaklah dilaksanakan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Majistret di Pejabat Daerah Serian. Borang atau dokumen hedaklah lengkap diisi berserta stem hasil bernilai RM 10.00 (kecuali Akuan Sumpah untuk memasuki Perkhidmatan Awam)

Borang Akuan Sumpah boleh didapati pada pautan berikut;

www.seriando.sarawak.gov.my/pages.php?mod=download&sub=download_show&id=48

atau pergi ke ruangan 'muat turun' untuk memuat turun borang

2. Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah?

Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.

3. Berapa lamakah senapang patah perlu diperiksa?

Senapang patah perlu diperiksa setiap (3) tiga tahun sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (IPD Serian). Sila rujuk Lesen senjata api anda untuk memastikan bila tempoh untuk membawa senjata diperiksa.

 

4. Selain dari waris, siapakah yang perlu hadir untuk urusan Probet?

Ketua Kaum / Ketua Masyarakat  bagi pengesahan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.

5. Berapakah bayaran yang perlu bagi setiap pendaftaran Perniagaan?

Bayaran Pendaftaran Perniagaan (RM 50.00) & Bayaran bagi ekstrak perniagaan (RM 2.00) - Bayaran semasa mengambil Sijil Pendaftaran yang telah siap di kaunter.

6. Siapakah yang perlu hadir untuk urusan Pengangkatan Anak?

Ibu-bapa kandung, Ibu-bapa angkat, Anak Angkat & Saksi.

7. Adakah perlu untuk anak angkat (kanak - kanak) hadir ke Pejabat Daerah Serian??

Ya, perlu.

8. Bagaimanakah cara mendapatkan permit membeli peluru?

Sila bawa kelongsong peluru & Lesen Senjata api semasa membeli peluru di kaunter senjatapi. Bayaran RM 2.00 akan dikenakan.

9. Perlukah semua waris hadir ke Pejabat Daerah Serian untuk urusan Probet?

Ya Perlu, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).

10. Berapa lama tempoh pengeluaran Sijil Pendaftaran Perniagaan oleh Pejabat Daerah Serian?

Setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sijil siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu bekerja.