KES MAHKAMAH BUMIPUTERA
Pengenalan
Mahkamah Bumiputera merupakan sebahagian daripada penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan di Pejabat Daerah Siburan. Hal ini demikian kerana kepentingannya bagi menjaga keharmonian antara kaum Bumiputera di dalam negeri Sarawak.
Mahkamah Bumiputera Daerah adalah dibawah pemantauan rang undang-undang Mahkamah Bumiputera dan Ordinan 1992 dan dibawah jagaan Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera. Secara amnya,Mahkamah Bumiputera hanya mendengar kes atau pertikaian yang melibatkan kaum bumiputera di Sarawak sahaja dan pihak Mahkamah Bumiputera akan menetapkan sama ada kes tersebut akan didengarkan serta menetapkan Tarikh pendengaran.
Berikut merupakan kes-kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Bumiputera dan dibahagikan kepada beberapa kelas iaitu:-
- Mahkamah ketua kaum
- Mahkamah ketua masyarakat
- Mahkamah ketua atasan
- Mahkamah daerah bumiputera
- Mahkamah bumiputera residen
- Mahkamah tinggi bumiputera rayuan
- 5 (1) (a)? Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]), jika semua pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputera;
- 5 (1) (b) Kes berkaitan dengan perlanggaran adat (selain daripada yang melibatkan Ordinan Keluarga Islam, 2001 [Cap. 43]) dari aspek hal keagamaan, perkahwinan dan perkara mengenai hubungan seksual jika salah seorang daripada pihak yang terlibat adalah daripada kaum bumiputra;
- 5 (1) (c) Kes-kes sivil yang (bukan dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah) melibatkan tuntutan tidak melebihi ringgit dua ribu (RM2,000.00) antara/dikalangan pihak yang dibawah sistem adat /undang-undang yang sama (sama kaum).
- 5 (1) (d) Kes-kes jenayah kecil yang dinyatakan dalam Adat Iban mahupun apajua undang-undang tradisi (customary) kaum bumiputra lain yang harus dipatuhi oleh Mahkamah, dan yang boleh dikenakan denda tidak melebihi yang ditetapkan pada Seksyen 11 Ordinan ini.
- 5 (1) (e) Apa jua perkara yang dululuskan dibawah mana-mana undang-undang bertulis:
(ii) Bahawa keputusan ataupun arahan yang telah diambil/dikeluarkan oleh Chief Superior Court melibatkan kes berkaitan dengan perlanggaran adat selain daripada kes pertikaian hakmilik tanah NCR, adalah muktamad dan tiada rayuan terhadanya dibenarkan.
- 5 (2) Dalam kes berkaitan dengan hal perkahwinan ataupun hubungan seksual, yang melibatkan pihak daripada jantina dan kaum yang berlainan, Mahkamah yang mengendalikan kes akan mengunakan undang-undang adat pihak kaum perempuan;
- 5(3) (a) Kes pertikaian dikalangan bumiputera melibatkan perkara seperti berikut hendaklah didengar di Mahkamah Bumiputera Daerah sebagai mahkamah permulaan:
- tanah bertaraf NCR ataupun yang dalam kawasan Native Communal Reserve seperti yang diisytiharkan dibawah seksyen 6 Kanun Tanah [Cap. 81 (1958 Ed.)]
- tuntutan pampasan tanah yang dibayar atas kawasan tanah NCR yang diambilalih oleh Kerajaan.
- tuntutan hak warisan dibawah undang-undang adat diatas tanah NCR ataupun tanah dalam kawasan Native Communal Reserve
(b) Sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Bumiputera Daerah dibenarkan merayu kepada Mahkamah Residen selaras dengan seksyen 29.
(c) Kes-kes pertikaian tanah NCR yang bukan dalam katagori seperti di atas hendaklah bermula didengar di Mahkamah Ketua Masyarakat.
UNDANG-UNDANG
Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992
Undang-undang Mahkamah Adat Iban
Undang-undang mahkamah Adat Bidayuh
Undang-undang Mahkamah Adat Kayan
Berikut merupakan kadar bayaran yang dikenakan mengikut kelas Mahkamah.
Kelas Mahkamah | Kadar (RM) | Kelas Rayuan | Kadar (RM) |
Mahkamah Bumiputera Daerah | 30.00 | Mahkamah Ketua Masyarakat | 20.00 |
Mahkamah Atasan Ketua Masyarakat | 20.00 | Mahkamah Atasan Ketua Masyarakat | 24.00 |
Mahkamah Ketua Masyarakat | 16.00 | Mahkamah Bumiputera Daerah | 36.00 |
Mahkamah Ketua Kaum | 10.00 | Mahkamah Bumiputera Residen | 40.00 |
Mahkamah Rayuan Bumiputera | 50.00 |
Borang Rasmi
Kes Sivil
Borang A
Borang B
Kes Pelanggaran Adat
Borang H
Borang I