Pejabat Daerah Siburan

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

 

PENDAFTARAN PROBET



Probet adalah satu proses pentadbiran harta pusaka seseorang yang meninggal dunia untuk ditadbir dan dipindahkan kepada waris atau pihak lain. Di Sarawak, pentadbiran estet ditadbir berdasarkan kepada Ordinan Pentadbiran Harta pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80 dan Duti Harta Pusaka berdasarkan kepada Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance) Bab 29.
Manakala Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) diberi kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat.
Dokumen yang wajib dibawa Bersama semasa hadir ke pejabat untuk urusan Pendaftaran Probet dan LA (Letter of Administration).
  1. Sijil Asal Kematian serta 1 salinan fotostat
  2. Surat Akuan Sumpah sekiranya tiada Sijil Kematian
  3. Semua dokumen asal berserta surat Sumpah Saksi
  4. Salinan Kad pengenalan kesemua waris
  5. Surat persetujuan waris jika tidak dapat hadir Bersama
*Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat wajib hadir Bersama untuk mengesahkan segala keterangan permohonan oleh ahli waris. Sehubungan itu Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat harus hadir semasa permohonan di buat atau pada masa berlainan (bila-bila masa, secepat mungkin) bagi membuat pengesahan terhadap maklumat pemohon berkenaan.
Secara amnya, waris yang layak memohon mestilah waris yang dewasa dan waras. Namun ia juga boleh dilakukan mengikut keutamaan di bawah Seksyen 8, Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka seperti ketetapan berikut;
  1. Si mati
  2. Anak Lelaki Si mati
  3. Si mati
  4. Adik beradik Si mati
  5. Si Mati
  6. Saudara-mara Lelaki Si mati yang terdekat
  7. Saudara-mara Perempuan Si mati yang terdekat
  8. Pemiutang Si Mati
**Pemohon Surat Probet hendaklah waris yang sah di dalam wasiat**
 
 
Undian
Pengumuman