PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR)
(Konsep)
Program Bantuan Rumah (PBR) dilaksanakan bagi menyediakan bantuan dari segi kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar khususnya golongan miskin tegar dapat menikmati keselesaan untuk mendiami rumah yang lebih selamat berbanding kediaman mereka terdahulu. Selain daripada itu, pelaksanaan program ini juga bagi membantu golongan sasar ini untuk meningkatkan kualiti hidup mereka sejajar dengan visi dan misi Kerajaan Sarawak mencapai status Negeri Maju menjelang tahun 2023.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa berkuat kuasa, berdaftar dengan system e-Kasih atau SSPKR dan keutamaan seperti ketetapan berikut :
- Golongan tua
- Uzur dan cacat
- Ibu tua yang mempunyai ramai tanggungan
Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori :
- Membina semula/Bina Baru
- Membaikpulih Rumah;dan
- Membaiki kerosakan kerana ditimpa bencana