Pejabat Daerah Siburan

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

 

PENDAFTARAN, EKSTRAK, PEMINDAAN, PEMBATALAN NAMA PERNIAGAAN



Definisi:

"Borang Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan" ialah Borang R.20-Pind. 1/86 yang digunakan untuk memohon pendaftaran bagi nama sesuatu perniagaan dan akan disimpan sebagai rekod bagi nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan.

"Ekstrak Nama-Nama Perniagaan" bermaksud satu cabutan maklumat daripada Borang Nama-Nama Perniagaan R.20-Pind. 1/86 yang mengandungi butir-butir sebuah syarikat perniagaan.

"Nama-Nama Perniagaan" bermaksud nama yang didaftarkan bagi sesebuah syarikat perniagaan.

"Pemohon" bermaksud seorang atau sekumpulan orang yang memohon untuk mendaftarkan nama bagi syarikat perniagaannya.

"Pendaftar" merujuk kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan iaitu Pegawai Daerah / Pemangku Pegawai Daerah

"Sijil Pendaftaran" bermaksud satu sijil yang dikeluarkan menggunakan Borang R.22-Pind. 1/86 kepada syarikat perniagaan yang mengesahkan bahawa nama bagi syarikat perniagaan berkenaan telah didaftarkan di bawah Ordinan  Nama-Nama Perniagaan (Cap.64)

1. PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Borang R.20-Pind. 1/86 (boleh didapati dari Pejabat Daerah)
  • Cop Nama Perniagaan yang lengkap dengan alamat perniagaan.
  • Surat Hakmilik Tanah bagi tempat perniagaan yang dipohon (jika kepunyaan sendiri); atau
  • Surat Perjanjian Penyewaan; atau
  • Surat kebenaran daripada pemilik premis yang dinyatakan sebagai tempat perniagaan. (jika menyewa)
  • Bayaran pendaftaran RM50.00
  • Yuran tahunan RM25.00 untuk setiap lesen perdagangan
Nota: Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersil atau Lot Perindustrian dan bukan Lot Pertanian atau Lot kediaman.


 
2. EKSTRAK NAMA PERNIAGAAN

Kemukakan permohonan ekstrak nama-nama perniagaan, sama ada:
  • secara bertulis oleh pemohon sendiri, atau
  • secara bertulis oleh pihak ketiga seperti pihak bank, peguam atau agensi kerajaan/swasta, atau
  • secara bertulis melalui pos oleh mana-mana pihak di atas 
  • bayaran sebanyak RM2.00 disertakan bersama
3. PEMINDAAN BUTIRAN NAMA PERNIAGAAN

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:
  • Pemilik perniagaan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis ke Pejabat Daerah
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran dan / atau Memorandum of Transfer, di mana berkenaan disertakan
4. PEMBATALAN NAMA PERNIAGAAN

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:
  • Kemukakan permohonan secara bertulis dan dicop dengan cop syarikat
  • Salinan asal Sijil Pendaftaran
  • Bayaran pembatalan dalam bentuk wang pos atau kiriman wang atas nama Percetakan Nasional Berhad bernilai RM60.00 sebagai bayaran pewartaan.
 
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
  • Ordinan Nama-nama Perniagaan (Bab 64)
  • Ordinan Perniagan, Profesion Dan Perlesenan Perdagangan
  • Akta Syarikat 1965
  • Akta Perkongsian 1961 (Pind. 1974)
  • Kanun Tanah Negeri Sarawak
  • Ordinan-ordinan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat
 
Undian
Pengumuman