Pejabat Daerah Siburan

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

 

SENJATA API DAN PELURU



Permohonan pemindahan Hak Milik Senapang Patah hanya boleh dilakukan melalui (2) cara pada Ketika ini, iaitu;
  1. Jika Pemilik sudah meninggal dunia
  • Permohonan melalui surat Probet
 
  1. Pemilik masih hidup
  • Pemindahan hak milik ke anak pemilik sahaja
  • Jika pemilik sudah mencapai usia 65 tahun
  • Pemilik disahkan tidak sihat atau hilang keupayaan oleh pengamal perubatan berdaftar
Untuk kedua-dua cara di atas, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti dibawah semasa berurusan di pejabat :
  • Dua (2) Keping gambar berukuran passport
  • Salinan asal lesen senapang patah (ms1-5)
  • Surat pengesahan pemeriksaan senapang patah oleh Polis & Pegawai Daerah
  • Salinan kad pengenalan pemohon & pemilik senapang patah
  • Salinan Sijil kelahiran pemohon/surat akuan sumpah
  • Salinan Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) dan surat persetujuan daripada pemegang surat kuasa pentadbir atau surat setuju pindah milik daripada pemilik asal senapang patah (JIKA PEMILIK SUDAH MENINGGAL DUNIA)
  • Salinan Kad Pengenalan pemegang surat kuasa pentadbir (JIKA PEMILIK SUDAH MENINGGAL DUNIA)
  • Surat menyimpan senapang patah di Balai Polis bagi melalui probet (JIKA PEMILIK SUDAH MENINGGAL DUNIA)
  • Salinan Geran tanah atau surat pengesahan pemilikan tanah pertanian & tanah NCR daripada ketua kaum dan ketua masyarakat bersaksikan oleh Pegawai Daerah.
  • Resit bayaran RM2.00
Permohonan permit membeli Peluru
“Permit membeli peluru” bermaksud lesen membeli atau memperolehi atau menukar peluru. [Form 11, Akta Senjata Api, 1960 Seksyen 11 (4).]
Proses dan dokumen yang perlu disediakan untuk membeli Peluru
  • Pemilik dikehendaki membawa buku Lesen Miliki dan menggunakan atau membawa dan menggunakan Senapang Patah yang sah
  • Membawa sekali kelongsong peluru terpakai
Bayaran RM2.00 akan dikenakan untuk setiap permohonan dan resit akan diberikan.
*Tempoh sah laku permit membeli peluru adalah 1 bulan sahaja dari Tarikh resit permohonan membeli peluru.
*Pemohon hanya dibenarkan membeli 10 butir peluru sebulan untuk satu permit.
 
Undang-Undang Berkaitan :
  • Akta Senjata Api, 1960
         Pekeliling-pekeliling
 

Hakcipta Terpelihara © 2020 Pentadbiran Bahagian Serian
Kemas Kini Terakhir Pada 18 Mar 2025

Masa Operasi

Isnin - Khamis
8.00am hingga 1.00pm & 2.00pm hingga 5.00pm

Jumaat
8.00am hingga 11.45pm & 2.15pm hingga 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holidays
Close
image Undian