Pejabat Daerah Siburan

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

 

PENDAFTARAN ANAK ANGKAT



Pengangkatan anak di Sarawak adalah dibawah Adoption Ordinance, Cap 91, Ibubapa angkat betanggungjawab penuh terhadap anak angkat tersebut dan hak serta taraf anak angkat adalah sama taraf dengan anak kandung ke atas semua harta benda ibubapa angkat. Ibubapa kandung atau penjaga yang sah akan kehilangan tanggungjawab ke atas kanak-kanak yang telah diangkat dan pembatalan pengangkatan hanya boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi.

*Anak Seseorang yang beragama Islam tidak boleh diangkat oleh orang-orang yang bukan beragama Islam.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

Tertakluk kepada Adoption Ordinance, sesiapa sahaja boleh mengangkat anak dengan syarat:
1) Ibubapa angkat adalah sihat dan siuman untuk menjaga seseorang anak angkat,
2) Ibubapa angkat mempunyai keupayaan yang munasabah untuk menyara anak angkat mengikut status sosial sehingga anak berkenaan mencapai usia 18 tahun,
3) Ibubapa angkat telah berkahwin secara sah (jika berkahwin)
4) Ibubapa angkat mesti berumur lebih daripada 21 tahun dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada anak angkat,
5) Anak yang diangkat mestilah seorang yang belum dewasa, iaitu berusia di bawah 18 tahun.
6) Perempuan bujang boleh mengangkat anak lelaki dan juga anak perempuan tetapi lelaki bujang hanya boleh mengangkat anak lelaki sahaja.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA APABILA MENGAMBIL BORANG DI PEJABAT

1. Sijil Beranak kanak-kanak yang hendak diangkat
2. Sijil Perkahwinan (jika berkahwin)
3. Kad Pengenalan ibubapa kandung dan ibubapa angkat
 
*Nota : Pendaftaran adalah dilakukan mengikut daerah asal keluarga kandung atau keluarga angkat masing-masing.
 
 
SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Ibubapa kandung dan ibubapa angkat mesti hadir bersama dua orang saksi di Pejabat Daerah apabila mengemukakan permohonan.
 
UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Adoption Ordinance (Cap 91),
Adoption Ordanince (Amendment) 2002 (Chapter A100),
Peraturan Perlindungan Orang Muda dan Kanak-kanak 1959,
Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973,
Ordinan Penjagaan Bayi (Cap 93),
Surat daripada pejabat Mufti Negeri Sarawak (rujukan :MNS/29/2(74) bertarikh 20.07.1999 untuk yang beragama Islam sahaja.
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 1991 (Seksyen 123) (1), (2), (3), (4) dan (5) untuk yang beragama Islam sahaja.

 
 

Hakcipta Terpelihara © 2020 Pentadbiran Bahagian Serian
Kemas Kini Terakhir Pada 19 Nov 2024

Masa Operasi

Isnin - Khamis
8.00am hingga 1.00pm & 2.00pm hingga 5.00pm

Jumaat
8.00am hingga 11.45pm & 2.15pm hingga 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holidays
Close
image Undian