Pejabat Daerah Tebedu

Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

 

Perutusan Pegawai Daerah




















Salam Negaraku Malaysia...  Slamat Mendug

Terlebih dahulu saya, Joseph anak Liaw selaku Pegawai

Daerah Tebedu ingin mengucapkan Selamat Datang ke Portal

Rasmi Pejabat Daerah Tebedu. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam membekalkan maklumat untuk pembangunan laman web ini.

Pejabat Daerah Tebedu adalah merupakan Daerah dibawah Pentadbiran Bahagian Serian yang juga merupakan agensi kerajaan Negeri Sarawak yang bertanggungjawab sebagai peneraju utama atau “front –liner” diantara Kerajaan dengan Masyarakat di Daerah Tebedu. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pengerak utama dalam pembangunan fizikal, sosio-ekonomi dan modal insane di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan projek – projek pembangunan dan program- program sosial kerajaan diperingkat Daerah kearah meningkatkan taraf hidup rakyat yang sejahtera dan berkualiti di masa hadapan.

Objektif utama pembangunan portal rasmi ini adalah sebagai satu pengantaraan yang membantu menyalur dan memudahkan capaian maklumat mengenai informasi-informasi terkini, peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan serta aktiviti – aktiviti yang dijalankan / dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Pejabat Daerah Tebedu.

Diharapkan laman portal ini dapat dijadikan sebagai satu platform untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat selain memudahkan penyaluran maklumat. Justeru itu, perkongsian maklumat antara pejabat ini dengan rakyat dapat dijadikan sebagai pemangkin proses transformasi di peringkat Daerah Tebedu dan menjadikannya sebuah agensi kerajaan yang unggul dan progresif selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai “World Class Civil Service” dalam perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Sekian

 "BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

  "AN HONOUR TO SERVE"