Tentang kami


Pejabat Residen Bahagian Serian mula beroperasi pada 1 Disember 2015 di bangunan Pejabat Residen Bahagian Serian yang dibina bersebelahan dengan Pejabat Daerah Serian. Sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah bahagian, Daerah Serian dan Daerah Kecil Tebedu merupakan di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan dan Daerah Kecil Siburan di bawah pentadbiran Bahagian Kuching.

Semenjak Serian diisytiharkan sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak yang ke-5. Bahagian Serian telah diterajui oleh 5 orang Residen seperti penama dibawah:

 

Residents


Pejabat Residen Serian dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:

  • Perancangan Strategik dan Pelaksanaan Projek Bahagian
  • Perancangan dan Pembangunan Sosial
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

 

Pejabat ini diketuai oleh Residen dan dibantu oleh Timbalan Residen beserta 38 orang pegawai dan kakitangan pelbagai gred dan jawatan. Pejabat Residen Bahagian Serian bertanggungjawab dalam memimpin perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas :

  • Pembangunan fizikal dan ekonomi Bahagian Serian
  • Program dan aktiviti sosial dan keselamatan Bahagian Serian
  • Perkhidmatan statutori di bawah bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Serian
  • Urusan pentadbiran dan kewangan pejabat Pentadbiran Bahagian