picture
 

Pegong 15


LOKASI : KAMPUNG JAYA RIA SERIAN (20 KM DARI SERIAN)

 PRODUCT OWNER : JKKK

Syarikat jepun telah diberi konsesi untuk membuka ladang samarahan plantation/ samarahan estate pada tahun 1947 – tanaman getah dan sawah padi. Merupakan kolam peninggalan semasa pentadbiran syarikat jepun dan merupakan tempat untuk menadah takungan air untuk mengairi kawasan tanaman padi mereka yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

 Dibina sekitar tahun 1948, kolam (pegong 15) tersebut telah digali hanya dengan menggunakan cangkul oleh penduduk tempatan.Dikenali sebagai pegong 15 kerana mempunyai 15 saliran parit untuk mengairi kawasan sawah padi.

 *Digali oleh orang cina batu 15 seramai 15 orang.Keluasan pegong 15 ialah +-1.82 km persegi (sumber: google earth).Telah dibina sistem pengairan oleh pihak jepun dan mempunyai pintu bukaan aliran air keluar. Terdapat rel lokomotif di persisiran benteng bagi tujuan pemunggahan hasil pertanian.

Kampung jaya ria pada asalnya ialah kawasan penanaman sawah padi dan nama asal kampung jaya ria adalah kampung rimba padi.