Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan Melawat Tapak Projek Pembangunan Klinik Kesihatan Serian (Jenis 3)

Disiarkan pada 08 Feb 2025
Sumber Berita: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Lawatan ke KK Serian (J3)

 
8 Februari 2025 : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan telah melawat tapak projek pembangunan Klinik Kesihatan Serian (Jenis 3), Sarawak hari ini.
YBhg. Datuk diiringi oleh YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak bersama Dr. Misah binti Md Ramli, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan Dr. Nor Fatihah Oh Abdullah Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga, disambut oleh wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Serian dan wakil Jabatan Kerja Raya Serian.
Satu taklimat ringkas berkaitan status projek pembangunan Klinik Kesihatan ini telah disampaikan oleh wakil JKR. Seterusnya YBhg Datuk telah dibawa melawat sekitar bangunan Klinik Kesihatan bagi meninjau tahap pencapaian projek berkenaan. 
Projek ini dalam peringkat akhir persediaan untuk penyerahan daripada pihak JKR Sarawak kepada pihak KKM.

Dianggarkan lebih 30,000 penduduk sekitar akan menerima manfaat dari Klinik Kesihatan ini. Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan adalah:
a) Perkhidmatan Pesakit Luar
b) Perkhidmatan Kesihatan Keluarga
c) Perkhidmatan X-ray
d) Perkhidmatan Makmal
e) Perkhidmatan Farmasi
f) Perkhidmatan Rawatan 1 (PR1) dan 
g) Perkhidmatan Pergigian


KK Serian ini juga merupakan KK pertama Jenis 3 yang dibina di Daerah Serian yang menggabungkan keseluruhan perkhidmatan yang dinyatakan tersebut, sekaligus menjadikan perkhidmatan KK ini komprehensif di bawah satu bumbung.- Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak