Daerah Serian dikenali sebagai Daerah Sadong pada penubuhannya dalam tahun 1901. Pada bulan Februari 1955, Serian (Upper Sadong) dan Simunjan (Lower Sadong) telah dipisahkan dan masing-masing menjadi Daerah penuh. Pegawai Daerah yang pertama semasa pemerintahan penjajah ialah Mr. H.R. Harbow. Serian telah diisytihar sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak pada 11 April 2015. Pengisytiharan itu dibuat sendiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Pesta Birumuh Serian 2015 di Kompleks Sukan Serian.
Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan JobSarawak sebagai platform sehenti bagi menghubungkan pencari kerja dan majikan di seluruh negeri.
Portal ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor seperti pentadbiran, teknologi, industri dan lain-lain. Selain itu, JobSarawak turut menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan tenaga kerja bagi memperkukuh ekonomi Sarawak.
Orang awam adalah digalakkan untuk mendaftar dan meneroka peluang kerjaya melalui pautan berikut: https://job.sarawak.gov.my/