MAKLUMAT UMUM
Sesiapa yang ingin menjalankan perniagaan sama ada jenis persendirian mahupun perkongsian, perlu mendaftar dan mendapatkan lesen perdagangan seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang telah ditetapkan.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
- Ordinan Nama-nama Perniagaan (Bab 64)
- Ordinan Perniagan, Profesion Dan Perlesenan Perdagangan
- Akta Syarikat 1965
- Akta Perkongsian 1961 (Pind. 1974)
- Kanun Tanah Negeri Sarawak
- Ordinan-ordinan Pihak Berkuasa Tempatan
- Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat
A. PENDAFTARAN NAMA PERNIAGAAN
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Borang R.20-Pind. 1/86 (boleh didapati dari Pejabat Daerah)
- Cop Nama Perniagaan yang lengkap dengan alamat perniagaan.
- Surat Hakmilik Tanah bagi tempat perniagaan yang dipohon (jika kepunyaan sendiri); atau
- Surat Perjanjian Penyewaan; atau
- Surat kebenaran daripada pemilik premis yang dinyatakan sebagai tempat perniagaan. (jika menyewa)
- Bayaran pendaftaran RM50.00
- Yuran tahunan RM25.00 untuk setiap lesen perdagangan
Nota: Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersil atau Lot Perindustrian dan bukan Lot Pertanian atau Lot kediaman.
B. EKSTRAK NAMA PERNIAGAAN
Kemukakan permohonan ekstrak nama-nama perniagaan, sama ada:
- secara bertulis oleh pemohon sendiri, atau
- secara bertulis oleh pihak ketiga seperti pihak bank, peguam atau agensi kerajaan/swasta, atau
- secara bertulis melalui pos oleh mana-mana pihak di atas
- bayaran sebanyak RM2.00 disertakan bersama
C. PEMINDAAN BUTIRAN NAMA PERNIAGAAN
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon / pemilik perniagaan:
- Pemilik perniagaan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis ke Pejabat Daerah
- Salinan asal Sijil Pendaftaran dan / atau Memorandum of Transfer, di mana berkenaan disertakan
- Kemukakan permohonan secara bertulis dan dicop dengan cop syarikat
- Salinan asal Sijil Pendaftaran
- Bayaran pembatalan dalam bentuk wang pos atau kiriman wang atas nama Percetakan Nasional Berhad bernilai RM60.00 sebagai bayaran pewartaan.