Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Perutusan

 

   

Salam Sejahtera, Salam Sarawak Ku Sayang dan

Selamat Datang ke Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan Allah kerana atas izinnya kita telah berjaya membangunkan laman web bagi Pejabat Pentadbiran Bahagian Serian. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan maklumat untuk pembangunan laman web ini.


Untuk makluman, Pentadbiran Bahagian Serian kini terdiri daripada Pejabat Residen Bahagian Serian, Pejabat Daerah Serian, Pejabat Daerah Tebedu, Pejabat Daerah Siburan dan Pejabat Daerah Kecil Balai Ringin. Peranan dan tanggungjawab Pejabat ini adalah merangka, menyelaras, melaksanakan dan memantau pelaksanaan program / projek pembangunan Kerajaan. Sehubungan dengan itu, objektif utama pembangunan laman web rasmi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang Misi, Visi, Program, Aktiviti dan fungsi Pejabat Pentadbiran Bahagian Serian.


Laman Web ini juga merupakan salah satu wadah komunikasi antara Kerajaan dan masyarakat yang berada di luar kawasan Serian. Ianya juga merupakan perantaraan di mana ICT memainkan peranan dalam membantu pejabat ini untuk membekalkan dan menerima maklumat agar perkhidmatan yang bermutu tinggi dapat disampaikan kepada masyarakat setempat. Saya berharap segala maklumat yang disalurkan melalui laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Pentadbiran Bahagian Serian.


Akhir sekali, saya berharap maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Saya juga berharap agar masyarakat dapat berkongsi pendapat dengan memberi maklumbalas dan mengemukakan cadangan melalui laman web ini agar mutu penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan lagi0


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"AN HONOUR TO SERVE"