Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Belimbing Homestay

LOKASI : Kampung Darul Islam Belimbing, Padawan

Kampung Darul Islam Belimbing, merupakan penempatan masyarakat Islam Bidayuh Longhouse pertama di Bahagian Kuching untuk seawal tahun 1968. Nama "Belimbing" atau "Gerumbing" dalam loghat tempatan yang bermaksud "Star Fruit" (liar) banyak terdapat di kawasan tersebut. Penduduk kampung mengamalkan penanaman padi bukit mengikut musim.

Darul Islam Belimbing Homestay terletak di kawasan Borneo Highland, 60km daripada Bandaraya Kuching. Program Homestay Darul Islam Belimbing menawarkan program seperti berikut, berakit dan merasai keunikan rumah panjang Bidayuh .

Homestay Kampung Darul Islam Belimbing menawarkan kediaman yang selesa dan bersih, menyediakan sarapan gaya tradisional Bidayuh Islam, setiap hari untuk para pelancong.