Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Gua Sireh

 

LOKASI : Kampung Bantang Serian                                                                                       PRODUCT OWNER : JKKK   
 
 

Gua sireh terletak di Gunung Nambi, berdekatan Kampung Bantang, Serian. Gua Sireh pernah didiami oleh masyarakat purba bermula dari Zaman Batu, Zaman Batu Baru sehinggalah Zaman Logam  kira-kira 20,000 tahun dahulu. Terdapat banyak bukti peninggalan masyarakat zaman purba di Gua Sireh seperti tembikar, kulit siput, manik, tanah perkuburan dan lukisan pada dinding gua.

Lebih menarik lagi dengan penemuan hampas padi yang terdapat dalam tembiukar purba membuktikan wujudnya aktiviti penanaman padi di Sarawak sebagai makanan pada zaman purba sekitar 4000 -5000 tahun yang lalu yang juga merupakan antara terawal di Malaysia. Fosil - fosil kulit siput & kerang , babi hutan, monyet, kura - kura dan sebagainya membuktikan masyarakat purba di Gua Sireh mencari makanan melalui aktiviti pemburuan dan pengumpulan hasil hutan lebih kurang 20,000 tahun yang lalu. Pada masa itu, mereka belum lagi mahir membuat barangan tembikar.

Terdapar banyak lukisan arang terdapat pada dinding gua yang sedikit sebanyak mencerminkan keadaan kehidupan masyarakat purba ketika itu. Aksesori logam dan tembikar yang terdapat dalam kubur purba pula dipercayai kebanyakannya dibuat sendiri oleh masyarakat pada masa itu, dan ada juga yang diperolehi melalui sistem barter contohnya barangan kaca & manik batu/jed, membuktikan wujudnya aktiviti perdagangan zaman purba melalui laut china selatan memandangkan pada masa itu belum ada barangan kaca yang dihasilkan di borneo.

Merupakan salah satu tapak bersejarah di Sarawak mengikut sub-seksyen 26(3) dan 26(6) Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993.