Sarawak ID|Register
Polls
Announcements

Kelabut

LOKASI : KAMPUNG MAWANG TAUP TEBEDU  (50KM DARI SERIAN)
PRODUCT OWNER : MUZIUM & JKKK

Diukir oleh Datu Merpati (Peniaga berketurunan Jawa).’Kelabut’ merupakan tempat lelaki meletak topi pada masa dahulu dan diperbuat daripada kayu, tetapi Datu Merpati dengan ilmunya telah menukar bentuk kayu menjadi batu. Ramai menganggap batu ini sebagai suci. Pada masa dahulu, ketika musim kemarau panjang, penduduk Kampung Mawang Taup akan membakar bahagian atas batu tersebut dan meminta hujan turun.

Dibina oleh pihak Muzium Sarawak pada Julai 1990.