Masyarakat DUN Tarat Digalak Terlibat Dalam Penanaman Nanas |
Tarikh : 11 Jan 2021 Sumber Berita: EDISI UKAS |
![]() ISNIN, 11 JANUARI 2021
TARAT: Masyarakat di kawasan Tarat digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti penanaman nanas memandangkan tanah di kawasan berkenaan sesuai dengan tanaman tersebut.
Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, ia juga penting untuk memajukan tanah yang terbiar sekaligus menjana pendapatan mereka.
Berucap ringkas semasa Majlis Perasmian Bilik Gerakan AJKKK Kampung Sungai Riset pada Ahad, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat menambah, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai inisiatif dan input pertanian bagi membantu masyarakat tani.
Dalam majlis sama, beliau juga menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tahun 2020 sebanyak RM120,000 kepada tujuh penerima. -EDISI UKAS |