Sarawak ID|Register
Polls
Announcements
Projek RTP Jalan Pertanian Beri Kemudahan Kepada Penduduk Kampung Belimbing B
Tarikh : 07 Jan 2021  Sumber Berita: EDISI UKAS
 

KHAMIS, 7 JANUARI 2021

SERIAN: Penduduk Kampung Belimbing B di sini bakal menikmati kemudahan jalan pertanian baharu di bawah Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) yang bernilai RM 100,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata, pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Sarawak (DID) akan dipertanggungjawabkan untuk memantau dan meneliti projek tersebut.

Menurutnya, apabila jalan pertanian itu siap kelak, ia bakal memudahkan penduduk kampung untuk ke kebung mereka.

“Projek ini merupakan bukti kepada keprihatinan kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan penduduk khususnya para petani,” katanya semasa berucap dalam majlis pecah tanah Projek RTP) Jalan Pertanian di Kampung Belimbing B Serian pada Khamis.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan cadangan projek gereja di bawah RTP 2021 dengan kos sebanyak RM150,000 akan dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat di kawasan Bukit Semuja.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada penduduk kampung agar terus menyokong dan bersama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kesinambungan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat,” jelasnya. -EDISI UKAS