Kenyalang Gold Card inisiatif kerajaan Sarawak bantu warga emas
Tarikh : 07 Sep 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 

SIBURAN: Kenyalang Gold Card (KGC) merupakan inisiatif kerajaaan negeri dalam membantu meringakan beban warga emas di Sarawak.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap ADUN Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, para pemegang KGC boleh menikmati diskaun rawatan di klinik atau hospital serta diskaun pembelian barangan keperluan di premis atau panel terpilih.

"Setakat ini di Serian hanya ada 2 panel yang terlibat dalam memberi keistimewaan kepada pemegang KGC dan di seluruh negeri terdapat 61 panel yang dilantik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card di Dewan Kampung Beratok, Siburan, pada Ahad.

Hadir sama, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni.

Dalam majlis sama, Datuk Roland turut menyampaikan cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM100,000 kepada enam penerima dan peruntukan khas PM untuk ADUN Tarat Tahun 2020 sebanyak RM10,000.

Selain itu, beliau turut menyerahkan cek UNIFOR sebanyak RM200,000 bagi pembinaan bangunan Persatuan Penganut Agama Buddha Amitabha Daerah Serian. -EDISI UKAS