ADUN Bukit Semuja hadir Majlis Merdeka @Komuniti
Tarikh : 11 Sep 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 



BUKIT SEMUJA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus menghadiri Majlis Merdeka @Komuniti dan taklimat Moratorium Bank Negara Malaysia di Serian pada Rabu.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai kerajaan dari agensi kerajaan persekutuan dan negeri di bahagian Serian serta ketua masyarakat dan ketua kampung di sekitar Daerah Serian.

Dalam taklimat tersebut, pihak moratorium Bank Negara telah berkongsi mengenai persediaan menghadapi pasca moratorium serta  maklumat asas untuk pengguna dan pengendali tunai.

Di akhir majlis telah diadakan simbolik penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada agensi kerajaan dan ketua masyarakat yang hadir.- EDISI UKAS