Program Vaksinasi Anti Rabies Di Daerah Serian dan Tebedu Dapat Sambutan Menggalakkan
Tarikh : 13 Feb 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS
 

SERIAN: Program Vaksinasi Anti Rabies bagi kawasan Daerah Serian dan Tebedu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak itu melibatkan Kampung Kakai, Taman Kakai, Tana Buda, Tangga Mawang, Pulau Tambak Cina, Riih Mawang, Tebakang Dayak dan Kampung Pichin.

Bertempat di balai raya Kampung Pichin pada Khamis, 76 ekor anjing peliharaan telah disuntik dengan vaksin rabies.

Program sama akan diteruskan ke Kampung Tubih dan Kuhum kemudian Tema Saan, Penggal, Mawang dan Sungan pada Jumaat. -EDISI UKAS