Tingkatkan Hasil Tani Guna Teknologi Moden
Tarikh : 13 Feb 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS
 

SERIAN: Warga tani di bahagian Serian perlu mempertingkatkan hasil pertanian mereka dengan penggunaan teknologi moden.


Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai insentif dan bantuan peralatan dalam membantu warga tani meningkatkan produktiviti.

Berucap dalam Dialog Program Fasilitasi Pertanian 2020 di Dewan Masyarakat Tebedu pada Rabu, Manyin memberitahu, melalui insentif itu juga ia dapat menggalakkan amalan pertanian menggunakan teknologi moden.

Sementara itu, beliau yakin Serian berpotensi menjadi pengeluar utama buah durian di negeri ini.

Katanya, kawasan Tebedu khususnya memiliki baka durian yang berkualiti tinggi untuk dikomersialkan. -EDISI UKAS