Kerajaan Sarawak Kerja Kuat Cari Dana Untuk Pembangunan
Tarikh : 03 Feb 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS
 


SIBURAN: Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha mencari dana untuk kelangsungan pembangunan di negeri ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah berkata, pelbagai projek yang dibatalkan kerajaan persekutuan, namun ia tetap diteruskan oleh kerajaan Sarawak demi rakyat di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa Majlis "2020 Chinese New Year Gala Dinner di Dewan Serbaguna Tapah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat tersebut menambah, kawasan di sekitar Tarat juga telah menerima pelbagai pembangunan kemudahan asas seperti mana kawasan lain.

Justeru katanya, tiada sebab rakyat untuk tidak terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri masa ini.