Kerajaan Negeri Terus Memperkasakan Projek Pembangunan Di Serian
Tarikh : 31 Jan 2020  Sumber Berita: Edisi UKAS
 

SERIAN: Kerajaan negeri akan terus memperkasakan projek pembangunan di Serian untuk manfaat rakyat dalam jangka masa panjang.



Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kerajaan negeri mempunyai banyak perancangan untuk bahagian Serian yang akan memberi kelebihan kepada rakyat di sekitarnya.

Malah jelasnya, buat masa ini pelbagai projek termasuk projek jejambat giat dilaksanakan untuk manfaat masyarakat umum.

beliau berkata demikian dalam Majlis Persaraan Dan Meraikan Residen Baharu Bahagian Serian, Tuah Suni di Serian pada Khamis.

Tambah manyin, Kompleks Pentadbiran Bahagian Serian yang baharu dijangka siap pada hujung tahun ini.

Katanya, Pusat Konvensyen Serian selain pembinaan projek tasik baharu  juga antara projek yang bakal memacu ekonomi setempat.

Sementera itu, beliau menyeru ketua masyarakat dan ketua kaum serta jabatan dan agensi kerajaan negeri di Serian akan memberi sokongan dan kerjasama dengan Residen baharu dalam merancang dan membawa pembangunan secara bersama. –Edisi UKAS