Jejambat (Flyover) Serian Kini Dibuka Kepada Pengguna Jalan Raya
Tarikh : 23 Jan 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 

SERIAN: Jejambat Serian kini dibuka bermula Rabu sempena sambutan Tahun Baru Cina sekaligus memberi kemudahan kepada pengguna di kawasan berkenaan.

Meskipun hanya satu laluan dibuka iaitu dari arah Serian menuju ke Kuching dan dari laluan bertentangan, namun ia dijangka mampu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

 

 
 
     


Sementara itu, berucap dalam Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2020 di Serian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus menasihati para pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu pada musim perayaan kali ini.

Jelasnya, mereka dinasihatikan agar sentiasa mematuhi semua peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, beliau memberitahu, aspek keselamatan tidak boleh diambil mudah begitu sahaja oleh para pengguna jalan raya untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.