Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo minum petang di Pasar Serian
Tarikh : 22 Jan 2020  Sumber Berita: Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS
 

SERIAN: Dalam perjalanan pulang ke Kuching selepas menghadiri program dan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Negeri di Simanggang, Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg singgah minum petang di Pasar Serian.

Hujan lebat tidak mematahkan semangat orang ramai khususnya penduduk Serian untuk bersalaman dan bergambar selepas mengetahui kehadiran Datuk Patinggi Abang Jo.

Malah, kehadiran Ketua Menteri Sarawak itu telah mengejutkan beberapa pengunjung gerai makan yang tidak menyangka pemimpin nombor satu Sarawak itu singgah dan makan bersama.